
Mengapa Awesome TV tak takut? kerana dibelakangnya jutawan kaya bergelar Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed bekas Pengerusi Serba Dinamik Holdings Berhad. Ada wang semua boleh. Didenda SKMM RM250 ribu beroperasi guna lesen lain pun Awesome masih mampu membayarnya. Hakikatnya ia melanggar Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pematuhan syarat lesen..
Tapi ramai pula golongan veteran media acah-acah jadi pembela berpilih-pilih. Kalau kena dia dan kawannya dia meroyan.
Geng veteran media meroyan
Baru-baru ini sekumpulan orang tua bekas wartawan media marah-marah dengan SKMM. Mereka menyerang SKMM, kononnya SKMM berlagak macam ‘abang besar’. Mereka ini ialah bekas pengerusi Media Prima, Johan Jaaffar; tokoh wartawan, A Kadir Jasin; pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hussamuddin Yaacob; bekas pengurus besar Bernama, Azman Ujang; Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Chamil Wariya; bekas ketua pengarang Bernama, Yong Soo Heong dan Zakaria Wahab dan bekas pengarang yang kini penganalisis politik, G Manimaran.
Namun hakikatnya ketika mereka berjawatan dulu merekalah pemain media ‘ular’ malah ada yang kaya raya hasil jual saham seperti A Kadir Jasin diberi Syarikat akhbar dan lingkup. Ketika Dr Mahathir PM dialah berkuasa. Merekalah dulu alat Kerajaan pemerintah dan kini selepas mereka tiada kuasa mereka bersuara.
Berbeza sedikit dengan pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hussamuddin Yaacob dia paling lalang. Ketika Najib berkuasa beliau menikam dari belakang menyokong PH dan lain-lain. Malah beliau memainkan peranan besar untuk Kerajaan PH 1.0. Namun nampaknya hasil tak berapa lupa di zaman PH BN dia menjadikan akhbarnya sebagai suara Perikatan Nasional.
Jadi kepada SKMM mohon persetankan golongan tua media tak sedar diri itu. Mereka berjawatan dan berkuasa mereka pun menganiaya orang dan mendapat untung. Keutamaan sekarang ialah bagaimana SKMM boleh menolong Kerajaan Perpaduan bawah PM Anwar Ibrahim.
SKMM baru-baru ini menyekat portal Malaysianow, TV Pertiwi, UtusanTV, sebelum itu mendenda Awesome TV RM250 ribu kereta tidak berlesen, menyiasat TV Alhijrah dan diam-diam menyekat portal seperti The Corporate Secret.
The Corporate Secret yang mendedahkan skandal Mafia Korporat Victor Chin Boon Long yang kandungannya turut dijadikan bahan berita media juga disekat sebanyak dua kali namun kami tidak menyalahkan SKMM kerana sedar kami perlu memahamkan kesan besar Mafia Korporat jika tidak dibendung akan menyebabkan kesan ekonomi, kehancuran Syarikat awam, manipulasi pasaran saham, memalukan pelabur, pembekuan akaun pihak berkuasa dan mungkin menyebabkan krisis ekonomi.
Mengajar Pemilik Awesome TV
Awesome TV adalah milik keluarga Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed bekas Pengerusi Serba Dinamik Holdings Berhad yang bermasalah sekarang.
Awesome Media Network Sdn Bhd digerakkan oleh anaknya Dato’ Adam Mohamed Ilyas dan CEOnya Johan Mohamed Isyak bekas CEO TV Media Prima 2017-2020. Tiga Lagi pengarahnya ialah Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli dan Irwan Shah Abdullah (Datuk D.J. Dave). Johan juga berkhidmat sebagai timbalan editor pengurusan untuk Berita 7:57 dan Datin Ezzan Zalilah merupakan isteri kepada Adam Mohamad Ilyas.


Ciri-ciri Awesome Tv scammer... LHDN patut masuk
Menurut laporan kewangan 2021 Awesome Media Network, syarikat itu mempunyai aset semasa bernilai RM17.3 juta. Liabiliti bukan semasa RM95.2 juta dan semasa syarikat itu bernilai RM 11.5 juta.
Kerugian Awesome Media Network selepas cukai berjumlah RM53 juta dan sejak dia dimulakan kerugian terkumpul RM89.1 juta.
Sama seperti anak syarikatnya, Awesome Broadcasting mencatatkan kerugian selepas cukai bagi tahun 2021 berjumlah RM55,055,393.
Umum mengetahui Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed sebelum ini menguasi Serba Dinamik namun selepas kontroversi meletak jawatan di syarikat itu. Begitu juga Johan Ishak bekas Pengarah Bukan Eksekutifnya.
Serba Dinamik kini sedang nazak selepas berstatus PN17 dan banyak hutang. Kini berdepan dinyah senarai dari Bursa Malaysia.
BACA – Serba Dinamik ingkar bayar hutang RM435.41 juta


Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed juga merupakan Pengerusi MFI Group, AP Holding Berhad, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad, Hartanah AP Rakyat Berhad dan Pengerusi Awesome TV. Mohamed Ilyas terkenal dengan perniagaan anak-beranak yang juga melibatkan Dato’ Adam dan beberapa lagi anak-anaknya.


Awesome TV adalah sebuah saluran PERCUMA (FTA) yang disiarkan melalui myFreeview di MYTV dan ASTRO. Dipancarkan dengan Definisi Tinggi (HD), Awesome TV melalui saluran 112 (MyTV) dan saluran 123 (Astro) menawarkan pengisian program yang pelbagai.
Namun nada sesuatu yang buruk mengenai Awesome TV milik Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed ini ialah menjadi alat untuk Kumpulan syarikat Mohamed Ilyas termasuk Serba Dinamik sebelum ini.
Lantaran itu kita melihat Aweseme TV menjadi platform Dato’ Mohamed Ilyas dan anaknya Dato’ Adam Ilyas itu menyerang Kerajaan perpaduan. Tidak hairan Dato’ Adam Ilyas gemar menyerang Menteri Komunikasi Digital (KKD) YB Fahmi Fadhil. Dato’ Adam ni sebab ada bapa dia Dato’ Mohamed Ilyas maka dia berani lantang menyerang menteri.

Mei lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendenda Awesome TV sebanyak RM250,000 atas pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah.
Lesen Awesome sekarang hanyalah untuk Awesome Broadcasting Sdn Bhd bukan Awesome Media Network Sdn Bhd. Awesome Media Network hanya meminjam lesen Awesome Broadcasting.
SKMM pada 21 Februari memaklumkan, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap Awesome TV di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung perkara berkaitan dengan pematuhan syarat lesen.
Kemudian pada Mac lalu, SKMM memberitahu media bahawa ia sedang mempertimbangkan tindakan terhadap salah sebuah syarikat induk Awesome TV atas kemungkinan pelanggaran di bawah Seksyen 36 akta sama, yang melarang pemindahan pemilikan lesen tanpa kelulusan bertulis menteri bertanggungjawab untuk komunikasi dan multimedia.
Pegawai kawal selia SKMM pada 8 Mac lalu melawat Awesome TV dan bertemu dengan pengurusan kanannya serta mendapatkan dokumen sebagai sebahagian daripada siasatannya.
Dengan kekayaan Dato’ Mohamed Ilyas Awesome TV mampu membayar dendanya.
Awesome TV seolah-olah sengaja memburukkan Kerajaan melalui berita-berita palsunya seperti pemecatan penjawat awam, bahawa pentadbiran semasa di Putrajaya merancang untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan.
Pada 20 Februari lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, SKMM memanggil Awesome TV untuk mesyuarat berhubung enam kesalahan berkaitan penerbitan bahan berunsur fitnah.
Menurut Fahmi, Awesome TV melakukan kesalahan keenam apabila mendakwa kerajaan merancang untuk memberhentikan 800,000 penjawat awam.
Pada 6 November tahun lalu, stesen penyiaran itu dikritik selepas portal dalam talian melaporkan program Berita 7:57 Awesome TV, menyeru orang Melayu mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi menghalang kaum lain daripada berkuasa. Awesome TV mempertahankan siaran fitmah itu.
Kemudian, pada Mei tahun lalu, Awesome TV dikritik berhubung laporan berbaur perkauman mengenai Serba Dinamik Holdings Bhd dan Sapura Energy Bhd.
Dalam laporan Berita 7:57, Awesome TV menuduh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Syed Zaid Zaid Jaafar Albar gagal membantu kedua-dua syarikat Bumiputera itu dalam masalah kewangan mereka dan secara salah melabelnya sebagai bukan Melayu.
Laporan Berita 7:57 mengenai Pengerusi Eksekutif SC, seperti liputan berita lain yang disebut sebelum ini, mendapat kecaman ramai, mendorong portal lain untuk mengenal pasti hubungan antara individu utama Awesome TV dan Serba Dinamik Holdings. Hakikatnya ketika itu Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed adalah Pengerusi dan Johan Mohamed Isyak adalah Pengarah bebas bukan eksekutif Serba Dinamik sebelum meletak jawatan. Maka sasaran mereka sangat jelas.
Sehubungan itu menurut pemfailan Bursa Malaysia pada 24 November 2021, Serba Dinamik Holdings berkata, peletakan jawatan mereka didorong oleh syarat dikenakan oleh Bursa Malaysia, yang melarang Johan dan Ilyas daripada menjalankan tugas mereka dalam syarikat itu.

Sementara itu, berhubung struktur pegangan sahamnya, Awesome Media Network dimiliki oleh AP Holding Bhd, Ezzan Zalilah dan Awesome Broadcasting Sdn Bhd sebagai pemegang saham terbesar.
Bagi akaun syarikat, data menunjukkan bahawa Awesome TV berada dalam keadaan kewangan yang lemah.
Tak bayar artis
Pada November tahun lalu, Awesome TV dilaporkan berhutang selepas gagal menjelaskan tunggakan bayaran kepada penerbit drama. Polemik pertikaian menyebabkan Datuk A. Aida dan Awesome TV saman menyaman antara satu sama lain. Belum termasuk beberapa artis, personaliti dan kontraktor yang mendakwa Awesome TV berhutang dengan mereka untuk kerja yang dilakukan.
Isu terbaru ialah mengenai penyingkiran Awesome TV daripada perbarisan hari kemerdekaan. Awesome sekali lagi menyerang KKD.
Rakyat perlu tahu secara meluas mengenai Awesome TV yang menjadi alat keluarga Dato’ Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed untuk menyerang kerajaan. Memandangkan Awesome TV kantoi menggunakan lesen syarikatnya yang lain untuk operasi Awesome TV denda RM250 ribu sepatutnya tidak memadai dan wajar lesen syarikat itu ditamatkan dengan berita palsu dan sensasinya.