Pertikaian antara Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah dan MB Perlis YAB Mohd Shukri Ramli yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis belum berakhir sejak tahun lalu.
Mohd Shukri Ramli MB baru-baru ini disiasat SPRM bersama anaknya Shafeeq Mohd Shukri susulan dakwaan salah guna kuasa rasuah memberi projek kepada anaknya yang memonopoli projek bekalan, perkhidmatan dan kerja (selenggaraan) di Perak menggunakan 15 syarikat.
Anak MB Perlis, Anuar Setiausaha Sulit Kanannya telah direman SPRM lebih awal dan 15 kontraktor lagi telah dipanggil SPRM memberi keterangan mengenai rasuah itu.
MB Perlis turut ditahan SPRM kira-kira 9 jam namun tidak ditahan reman.
Untuk rekod anak MB Perlis Shafeeq Shukri berkahwin dengan anak Presiden PAs TN Guru Haji Hadi Awang.
Susulan isu integriti dan kes rasuah MB Perlis itu Bersatu Perlis sedia menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu, sekiranya wakil parti itu diminta berbuat demikian.
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata pihaknya sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan, namun sebarang keputusan kedudukan Menteri Besar Perlis tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan keputusan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) Pusat.
“Buat masa ini, kita masih belum mendapat gambaran sebenar situasi dan kedudukan Menteri Besar sebab beliau pun baru balik daripada Kuala Lumpur jadi mungkin dalam sehari dua ini baharulah kita dapat menilainya.
“Namun, jika apa-apa berlaku sekiranya diminta, kita (BERSATU) juga bersedia, yang penting adalah keputusan Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Raja Perlis) dan pimpinan tertinggi PN Pusat.
“Presiden PN adalah Presiden Bersatu, Timbalan Presiden PN pula adalah PAS, jadi kedua-duanya sama dan sama ada peluang kali ini diberikan kepada BERSATU atau sebaliknya, kita menerima sebarang keputusan PN Pusat, tidak ada masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kangar di Denai Larian Pangkalan Asam, di sini semalam.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut hadir adalah Ahli Parlimen Kangar, Zakrie Hassan; Ahli Parlimen Arau merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan daripada PKR, Gan Ay Ling.
Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi PN Perlis, mengakui isu melanda Perlis sejak kebelakangan ini adalah satu tamparan kepada gabungan itu terutama apabila diuji perkara yang jarang berlaku dalam kepimpinan negeri itu sebelum ini.
“Isu yang melanda Perlis baru-baru ini adalah satu tamparan buat kita (PN) kerana PN Perlis diuji dengan perkara yang dilihat sangat mengejutkan semua pihak jadi yang pentingnya hari ini, kita menyerahkan sepenuhnya permasalahan ini untuk diselesaikan oleh PN Pusat.
“Saya yakin dan percaya, selaku Timbalan Pengerusi PN Perlis, apa juga permasalahan berlaku ini kita serahkan kepada PN Pusat untuk memperbetulkan apa juga perkara yang menimbulkan cetusan rasa dan mengejutkan seluruh negara.
“Apa juga keputusan dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dalam apa jua situasi berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar dan kepemimpinan kerajaan negeri apapun terletak di bawah bidang kuasa perkenan baginda dan kita menerima apa sahaja yang keputusan yang ditetapkan,” katanya.
Ditanya sama ada, PN Perlis masih akan terus mengekalkan formula meletakkan wakil PAS sebagai teraju utama kepimpinan Menteri Besar negeri itu selepas ini atau sebaliknya seandainya wujud perubahan dalam kepimpinan kerajaan negeri, Abu Bakar yang juga ADUN Kuala Perlis, berkata situasi pada waktu ini berbeza dengan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Sudah tentu Tuanku Raja Perlis dan kepimpinan negeri akan merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan selepas PRU ini lain, hari ini situasi berbeza dan kita tidak menghadapi PRU pun.
“Perkara yang berlaku ini adalah selepas PRU, lebih kurang setahun lima bulan dan tatkala PN mentadbir Perlis berlaku dan seperti saya katakan, kita serah kepada Tuanku dan mungkin ada cadangan lain seandainya kedudukan Menteri Besar ada perubahan,” katanya.
Krisis MP Perlis ujian besar buat Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi PN Perlis. Jika anak dituduh rasuah di mahkamah pun akan menjejaskan nama baik MB dan PAS di Perlis
Maklum balas PAS dan BERSATU
Susulan kenyataan Abu Bakar Hamzah itu Pas mengambil pendirian untuk tidak menyentuh mengenai kenyataan Bersatu Perlis itu yang mahu menggalas tanggungjawab memimpin negeri itu ekoran krisis integriti melanda kepimpinan negeri itu.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, masih terlalu awal untuk komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) membincangkan perkara itu kerana Kerajaan Negeri Perlis pimpinan parti itu masih kukuh memerintah.
“Saya rasa masih terlalu awal untuk bincang soal perubahan (pentadbiran) kerajaan negeri ini (Perlis). (Sebab) zaman (Kerajaan) Madani ini ada yang dipanggil membela diri pun ada DNAA dan sebagainya.
“Jadi saya rasa kalau kalau nak bincang soal pertukaran Kerajaan Perlis, kami masih terlalu awal serahkan kepada pihak yang berwajib untuk menjalankan siasatan, katanya dalam sidang media di selepas Ceramah Kelompok di Taman Ampang Pechah, malam tadi.
Turut hadir adalah Ketua Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu Azmin Ali pula berkata kenyataan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis tidak mencerminkan pendirian sebenar parti.
Berlagak seperti Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu berkata, pandangan Abu Bakar Hamzah itu boleh dikategorikan sebagai pandangan peribadi Abu Bakar malah ia tidak pernah dibincangkan diperingkat parti.
“Itu adalah pandangan peribadi (Abu Bakar Hamzah) itu tak boleh diambil kira sebab di dalam Perikatan Nasional ini kekuatan kita semua perkara dibincangkan dan dimuafakati atas prinsip kebersamaan di dalam Perikatan Nasional.
“Sebab dalam Perikatan Nasional tak ada amalan ‘Big Brother’, semua parti aalah sama dan dia punya hak untuk berbincang,” katanya